BPR 2021: Download, Isi & Kemaskini Permohonan Online

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR 2021 diwujudkan bertujuan untuk menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan kerajaan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini. BPR 2021 ini diperkenalkan untuk mengurangkan beban aliran tunai bagi rakyat yang terkesan ekoran COVID-19.

Menurut Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican, permohonan BPR akan dibuka sebelum penghujung bulan Januari 2021 nanti. Sekiranya anda penerima BSH 2020 atau BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan sahaja.

Cara Memohon BPR 2021

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/

Pendaftaran di buka bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 febuari 2021. Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan.

Hanya pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat permohonan baru.

Kategori dan Jumlah bantuan

Berikut syarat kelayakan BPR 2021 mengikut kategori dan Jumlah bantuan yang disediakan:

Isi rumah berpendapatan <RM2,500

Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000

Isi rumah berpendapatan RM4001 – RM5000

Individu/Bujang berpendapatan <RM2,500

Anda boleh semak FAQ yang disediakan oleh LHDN untuk memastikan anda tidak menghadapi masalah di Sini – FAQ Pendaftaran MyBPR & FAQ Permohonan Baru dan Kemaskini

Leave a Reply

Your email address will not be published.