Dulu pesawat ISRAEIL ,kini pewsawat CINA pula yg memasuki Zon Malaysia “tanpa tujuan yang jelas”

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebanyak 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menghampiri ruang udara Malaysia pada Isnin.

 

Menurut TUDM, pesawat mencurigakan itu telah melalui Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada jam 11.33 pagi Isnin. – Gambar/ TUDM

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, pesawat mencurigakan itu telah memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada pagi Isnin.

TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20.

Katanya, penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh radar pertahanan udara TUDM di Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formaikalsi takt in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain.

“Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” ujarnya.

Tambah beliau, pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots.


“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, KK FIR dan seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara,” tambahnya.

Susulan itu, pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM.

Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenal pasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis Llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20.

Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi, jelas Ackbal.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Luar telah mengambil maklum tentang perkara ini melalui Kementerian Pertahanan.

SUMBER:AWANI

Leave a Comment